FKM - Official Portal

FACULTY OF MECHANICAL ENGINEERING

TRIUMP Announcements

This is for the announcement that we will make from time to time..

Please do always check our website for new announcements

ABOUT TRIUMP

 

 

 

Idea untuk menjalankan Glider Challenge diperolehi daripada sebuah video yang dimuatnaik oleh Boeing, syarikat yang menghasilkan kapal terbang awam dan juga kapal terbang tentera. Dalam video tersebut, Boeing telah menganjurkan sebuah program bernama “Boeing Engineering Challenge” yang mana pelajar perlu mencipta dan menghasilkan sebuah peluncur (glider) dan melepaskannya pada ketinggian yang ditetapkan untuk meluncur. Peluncur yang meluncur pada jarak yang paling jauh akan menang. Cabaran ini menguji tahap kepakaran pelajar dalam mencipta peluncur yang aerodinamik dengan melalui proses mereka bentuk dan fabrikasi.

Manakala idea untuk menjalankan e-Bike Challenge diperolehi daripada Energy Sustainability Focus Group (ESFG) dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM). ESFG melihat keperluan pertandingan basikal eletrik di seluruh dunia. Di Malaysia pula terdapat banyak pertandingan e-Bike yang telah dianjurkan di litar Sepang. Idea ESFG adalah untuk mencabar kecekapan motor dan juga pengawalan penggunaan bateri. Pertandingan ini merangkumi perkembangan keseluruhan seorang pelajar dalam bidang kejuruteraan mekanikal dan pembuatan serta reka bentuk kenderaaan. e-Bike Challenge ini akan menggunakan jalan di UMP Pekan dan seterusnya dapat menjadikan UMP Pekan lebih dikenali oleh orang ramai di Malaysia.

Seterusnya idea untuk menjalankan Autonomous Boat Challenge diperolehi daripada Advanced Structural and Integrity Vibration Research (ASIVR) supaya pelajar dapat mencipta motorbot mini tanpa pemandu yang boleh diprogramkan pelan laluannya serta ditetapkan destinasi akhir. Penghasilan motorbot jenis ini memberi ruang untuk pereka bentuk untuk menghasilkan bot yang boleh digunakan bagi tujuan penyelamatan dan urusan kecemasan terutama di musim banjir; pemantaun keselamatan maritim; dan juga pemantauan struktur kejuruteraan di laut. Selain itu, ia juga bertujuan untuk menarik pengunjung ke tasik UMP Pekan yang indah dan banyak peluang aktiviti riadah.